Artzam

"Buat sajalah, tunggu apa lagi, hidup hanya sekali.."



Yup, itulah kata-kata mentor aku. Dalam 'Startup' ada terma yang di panggil MVP (Minimum Viable Product) iaitu sebuah produk untuk menguji andaian anda, bina semurah mungkin dan dengan matlamat untuk belajar secepat mungkin. Err..paham tak? hihi. Ok ikuti kronologi aku membina website Matkomik di bawah ini.

#1 - EKSPERIMEN
Ok begini asal laman web Matkomik merupakan sebuah eksperimen aku untuk melihat bagaimana penerimaan rakyat Malaysia dengan konsep baca komik secara online dan juga reaksi para pelukis komik di Malaysia tentang berkongsi karya secara percuma.

#2 - GUNA APA YANG ADA DI DEPAN MATA
Untuk itu, dengan pengetahuan aku yang minimum tentang build website aku gunakan Blogger, yang mana aku familiar dan ianya percuma. Dengan guna blogspot, aku tak mengeluarkan belanja untuk bina website yang simple untuk tujuan eksperimen ini.

#3 -  BELAJAR SECEPAT MUNGKIN
Aku juga belajar secara percuma dengan bantuan google. Aku hadam secepat mungkin dan terus aku apply untuk build first prototype website Matkomik.

Matkomik V1 - Huduh giler..huhuhu
#4 - PERMULAAN YANG SUKAR
Minggu pertama dan kedua memang perit betul untuk aku tarik view dan pelukis komik untuk berkongsikan karya. Yelah.. aku bukan sesiapa, jadi agak susah untuk aku promote. Jadi aku meminta bantuan rakan-rakan pelukis komik untuk bantu dengan 'provide'kan karya komik yang rejek atau karya simpanan yang tidak pernah 'publish' untuk dikongsikan. 

#5 - RESPON AWAL
Alhamdulillah setelah aku terangkan konsep website ini mereka bersedia untuk berkongsi karya dan ada juga respon dari pelukis komik yang mana mereka sebenarnya tertunggu-tunggu juga website seperti ini di Malaysia.

#6 - PEMBACA
Setelah cukup bahan di website, aku pun giat lakukan akitiviti promosi untuk menarik pembaca ke website ini. Salah satu medium untuk mendapat view cepat ialah dengan menggunakan media sosial FB. Aku approach page atau individu yang mempunyai follower yang ramai. Memang agak sukar pada mulanya tetapi semuanya berjalan dengan lancar.

#7 - MAKLUMBALAS PEMBACA
Antara respon yang aku dapat dari pembaca; ada yang sokong, ada yang mengutuk / kritik. Pun begitu, setiap komen dan respon aku mengambil ia dengan serius kerana ia adalah input yang berguna untuk penambahbaikan website nanti.

#8 - KEPUTUSAN EKSPERIMEN
Dari pemerhatian serta input yang aku dapat, aku rumuskan yang mana website ini memang diperlukan di Malaysia. Baik untuk pembaca kerana boleh baca secara percuma dan juga pelukis komik itu sendiri sebagai platform secara bebas serta juga tempat untuk promote komik.

Paparan Google analitik tahun 2015
#9 - PENAMBAHBAIKKAN
Aku register Matkomik dari blogspot ke dot com, dan aku ubah keseluruhan website Matkomik secara berperingkat. Untuk pengetahuan umum, aku lakukan ini berseorangan jadi prosesnya agak lambat.

Website Matkomik V2 - Penambaikkan secara berperingkat

Website Matkomik V3 -Tekini,! Lebih 'mobile-friendly'

#10 - BERGERAK TERUS KEHADAPAN
Pada mulanya ia adalah sebagai sebuah eksperimen, tetapi kini ia telah menjadi passion untuk aku bergerak terus kehadapan agar dapat membantu bidang Komik di Malaysia ini, ke satu tahap yang lagi mengikut peredaran zaman. Aku rasa ini telah menjadi tanggungjawab aku, walaupun aku lakukannya secara 'One Man Show'. Aku harap dengan usaha kecil ini dapat meletakkan Komik Malaysia di mata dunia. Dengan internet pelbagai kemungkianan boleh berlaku.

Sekian.



Artzam

Founder Matkomik - Fulltime Graphic Designer, Partime Blogger, Freelance Comic Artist and also Film Director Wannabe

No comments :

Post a Comment

Leave a Comment...